Rahsia Jana Wang Dengan Ebook!

Perniagaan ebook merupakan perniagaan yang paling mudah diuruskan serta tidak memerlukan modal yang banyak untuk memulakannya. Oleh sebab itulah pada hari ini ramai yang berlumba-lumba menghasilkan ebook. Namun begitu hakikatnya kejayaan sesuatu perniagaan ebook tersebut sebenarnya bergantung kepada strategi yang digunakan. Ramai yang boleh buat ebook tetapi majoriti gagal menjualnya!

Pendedahan Eksklusif dan Panduan Yang Lengkap, Langkah Demi Langkah Ibarat Sistem GPS Untuk Membantu Anda Menjana Duit Lumayan Hanya Dengan Menjual Ebook!

Pada hari ini, kemajuan teknologi yang pesat telah berjaya mengubah kehidupan manusia ke satu tahap yang lebih baik, selangkah ke masa depan. Penciptaan komputer dan internet telah banyak memberi sumbangan ke atas inovasi fizikal kepada inovasi digital.

Hasil daripada Revolusi Teknologi Digital ini terhasil suatu inovasi yang memecahkan dominasi buku fizikal iaitu ebook. Ebook merupakan singkatan bagi buku digital adalah berbentuk gabungan teks dan imej yang dihasilkan secara digital, seterusnya memudahkan para pembaca untuk membacanya sama ada di komputer, komputer riba, tablet PC serta Telefon Pintar.

 Kewujudan ebook ini seakan-akan menenggelamkan kewujudan buku fizikal. Ini kerana ebook lebih senang diperolehi di internet dan lebih mudah dibawa ke mana sahaja. Anda hanya perlu download ebook tersebut di komputer anda dan membacanya. Ini menjadikannya lebih popular sebagai keperluan pembaca berbanding buku fizikal.

Buktinya, Amazon sendiri mengakui bahawa jualan ebook di website Amazon.com telah mengatasi jualan buku-buku fizikal. Mereka juga turut meramalkan jumlah jualan ebook ini pasti meningkat 2 hingga 3 kali ganda pada masa depan. Malahan selain Amazon, Google Inc juga telah melancarkan marketplace khas untuk ebook di Google Ebookstore.


Mengapa Anda Perlu Menjual E-Book.....?




Comments